Home > Products > Primary > Longman Atlas Resos KBSR
Longman Atlas Resos KBSR
| ISBN: | 9789673390748 |
| Author: | Tong Siew Kheng |
| Category: | Primary |
| Group: | Atlas |
| Price: | RM13.50 |
| Year of Publication: | 2009 |
Atlas Resos KBSR dipersembahkan dalam bentuk peta, gambar rajah, foto, carta, dan graf yang memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada murid-murid. Info Bestari yang berbentuk informasi tambahan turut disediakan untuk murid-murid.
Atlas ini secara keseluruhannya lebih memberikan tumpuan kepada negara Malaysia. Namun begitu, fakta-fakta yang berkaitan dengan Asia Tenggara, Asia, dan Dunia turut diberikan supaya murid-murid mendapat maklumat yang menyeluruh dan seimbang.
Atlas ini turut memaparkan maklumat terkini seperti Measat 3, Measat 1R, RazakSAT, dan Terowong SMART di samping tema-tema utama seperti bentuk muka bumi, saliran, cuaca dan iklim, pertanian, perikanan, dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Selain itu, isu-isu semasa seperti pencemaran dan kepupusan hutan dan haiwan serta langkah pemuliharaannya turut diketengahkan.




